Wednesday, May 25, 2005

Trip to Lenggong & Kuala Kangsar

Pada Sabtu, 30 April 2005 yang lalu, aTBK berpeluang buat ke sekian kalinya "menyibuk" dalam lawatan sambil belajar anjuran sekolah walaupun aTBK bukan lagi pelajar di situ. Terdahulu, aTBK "menyibuk" kat rombongan 2 org adik aTBK yang masih bersekolah rendah...mase tu dalam Third Year kat AIKOL. Kali ni, adik (Wai) dah masuk sekolah menengah pun still dapat peluang yang sama...sebagai perserta a.k.a. cameraman. Mase tu Sem. 3 dah start seminggu. Tambah menarik, lawatan kali ini ke Kuala Kangsar...bandar Diraja Perak yang mmg dah lame aTBK mengidam nak pergi, walaupun aTBK lahir dan menetap dalam negeri yang sama. So, these are some memories yang sempat direkodkan sepanjang perjalanan...buleh ler rujuk gambar2 yang dah aTBK nomborkan...the one with red @ pink numbers, faded kerawang and this blog's URL.

7.00 a.m. Bertolak dari rumah...Ayah drive. Tak sempat breakfast pun...lambat! Mak kasik RM30 sorang buat belanje poket.
Kat sekolah, sumer budak dah ade...khemah-khemah melambak kat perkarangan sekolah sbb bebudak pengakap tengah camping. Ade gak bebudak PKBM lengkap dgn uniform diorang berkeliaran...ade program la tu.

7.35 a.m. Bas sampai kat sekolah...bas Regal je, bas tambang rasmi Tapah ke Tapah Road sejak aku lahir. Tapi yang kitorang naik ni of course la bas ekspres, bas yang selalu bawak penumpang dari Tapah ke Cameron Highlands. Haaa..Cameron Highlands pun antara tempat yang dekat sgt dgn tempat aku tapi aku tak pernah pegi lagi.Dengar2 nye dah tak sesejuk dulu lagi. :(
Aku sempat merakam cikgu mengingatkan bebudak rombongan supaya jangan makan chewing gum dalam bas...sebab? heheheh..paham2 je la. Dalam 7.40 a.m. bas pun bertolak dari sekolah.

8.45 - 9.15 a.m. Bas berhenti kat perhentian R&R Sungai Perak. Kat sini kitorang dibekalkan air mineral sebotol ngan sebungkus nasi lemak. Wai macam biase ade je makanan ringan yang nak dibelinyer. Pastu masuk bas cepat2 sebelum org lain masuk..tak nak kongsi la tu!

10.00 a.m. Sampai kat perkarangan Muzium Arkeologi Lenggong. Dalam perjalanan tadi lalu Tasik Raban. Banyak gak la penduduk tempatan buat ternakan ikan dalam sangkar kat situ. Chalet pun ade disediakan.

Kat muzium, kitorang diberi penerangan oleh officer kat situ, Encik Barhaman kat bilik Audio Visual. Berikut adalah antara fakta2 yang sempat direkodkan sepanjang penerangan...kalau ade yang bercanggah, buleh la dibetulkan oleh pembaca budiman. Ayat dalam bahasa Inggeris yang di"italic"kan aku quote bulat2 dari pamplet yang disediakan oleh pihak Muzium, so takde isu aku reka2 fakta ok! :

· -Kota Tampan merakamkan taburan penempatan manusia pra-sejarah yang lengkap, iaitu bermula dari zaman Paleolitik, Mesolitik, Neolitik sehinggalah zaman Logam. Maksudnyer, nenek moyang zaman pra-sejarah dulu memang beranak-pinak kat situ je selama beratu-rtus ribu tahun. Teori ada mengatakan bahawa Lembah Lenggong berperanan menjadi laluan migrasi masyarakat prasejarah dari Afrika ke Australia yang berlaku sejak 300,000 tahun dahulu. Lenggong sendiri merupakan ibukota prasejarah Malaysia dan penempatan terawal di zaman prasejarah di Asia Tenggara. Lenggong valley was the ancient migration route from Africa to Australia since 300,000 years ago. Lenggong itself is Malaysia's Paleolitic capital and early centre of habitation in Southeast Asia.

· -1917 merupakan tahun dimana ekskavasi atau ekspedisi carigali mula dilakukan di kawasan gunung-gunung batu kapur sekitar Kota Tampan, oleh ahli arkeologi asing bernama Evans dan Hollin Fields (i don't think i got these names correctly). Antara kawasan ekskavasi adalah Gua Kajang. Tetapi tiada penemuan penting berlaku pada masa itu dan dipercayai artifak2 yang dijumpai telah dibawa oleh ahli arkeologi asing ini ke negara asal mereka.

· -Dato' Prof. Zurainah Majid dari Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan anak tempatan pertama mengetuai ekskavasi di Kota Tampan pada 1987. Ekskavasi masih dijalankan sehingga sekarang anjuran USM dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti pada Mac setiap tahun.

· -Manusia Perak atau Perak Man merupakan penemuan paling bersejarah oleh team ekskavasi sejak 1987. Ditemui pada 1990 di Gua Gunung Runtuh, ia merupakan rangka lelaki pra-sejarah yang lengkap. Persekitaran Gua Gunung Runtuh sahaja merakamkan kewujudan penempatan manusia sejak zaman Paleolitik hinggalah zaman Logam.

· -Kajian menunjukkan Perak Man berumur dalam lingkungan 40-50 tahun sewaktu kematiannya. Perak Man juga cacat tangan kirinya, iaitu kecacatan fizikal Brachymesophalangia jenis A2, satu-satunya rangka prasejarah yang ditemui di dunia mempunyai kecacatan fizikal. Perak Man is the only known prehistoric skeleton in the world born with deformity called Brachymesophalangia type A2. Daripada kecacatan dan umur Perak Man, ahli sejarah membuat kesimpulan bahawa Perak Man dijaga dengan baik oleh keluarga juga masyarakat ketika itu, menunjukkan nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan telah lama wujud di kalangan manusia prasejarah.

· -Penemuan lebih seribu kulit siput sedut yang telah di potong hujungnya sedia untuk dimakan, daging kancil dan babi hutan yang siap dimasak dan buah-buahan (of course yang dah reput semuanya) disekeliling Perak Man mencadangkan bahawa Perak Man merupakan orang yang dihormati oleh masyarakat ketika itu dan kematiannya ditangisi secara besar-besaran. Ini juga membuktikan masyarakat ketika itu sudah mula mempercayai kehidupan selepas kematian.

· -Ras atau keturunan Perak Man ialah Australomenesoid.

· -Penemuan-penemuan ekskavasi di Lembah Lenggong mendedahkan buat pertama kalinya sifat-sifat serta teknik membuat peralatan batu paleolitik di Asia Tenggara. Turut di jumpai bengkel membuat alat-alat batu zaman prasejarah. Masyarakat prasejarah di sini menghasilkan alat batu yang efisyen, sistematik dan rasional. Excavation discoveries around Lenggung Valley revealed for the first time the tool attributes and techniques of making paleolithic stone tools in Southeast Asia. Paleolithic society here produced stone tools that were efficient, suitable, systematic and rational.

· -Penemuan alat gangsa sekitar Lembah Lenggong mencadangkan sempadan teknologi tersebut turut memasukkan Malaysia yang sebelum ini terbatas di Thailand sahaja. The discovery of bronze tools around Lenggong Valley suggest that the prehistoric bronze-technology was not limited to only in Thailand but also includes Malaysia.

· -Secara umum, kedalaman sesuatu artifak itu dari permukaan tanah turut berkait dengan usia artifak tersebut. Ini bermakna semakin dalam ia berada di dalam tanah, maka semakin tualah usianya.

· -Antara mineral-mineral yang dijumpai menimbus artifak-artifak di sekitar Lembah Lenggong ialah debu gunung berapi dipercayai dari fanomena Gunung Berapi Toba di Medan, Indonesia. Gunung Berapi Toba kini tidak lagi aktif, malah puncaknya ditenggelami air lalu menjadi Tasik Danau Toba sekarang. Aku ingat lagi Cikgu Geografi aku mase kat Sekolah Izzuddin Shah, Cikgu Megat Aznir ada bagitau kat kitorang pulau yang berada ditengah-tengah Tasik Danau Toba tu namanya Pulau Samosir. Untuk gambar debu Danau Toba, buleh le tengok gambar nombor 31.

· -Tapak-tapak ekskavasi terletak hanya 12 kilometer dari muzium. Pengunjung boleh menyaksikan lukisan-lukisan prasejarah di dinding-dinding gua. Antara gua-gua tersebut ialah Gua Badak, Gua Kajang, Gua Gunung Runtuh, Gua Harimau dan Gua Teluk Kelawar.

· -Penduduk tempatan turut menemui artifak-artifak prasejarah di ladang-ladang getah mereka. Antaranya ialah alat beliung batu yang dipercayai digunakan untuk menebang atau momotong kayu, memburu serta membuat perahu sagur. Perahu sagur ni perahu yang simple org dulu2 buat dgn cara memotong batang balak kapada 2 (utk dapatkan hujung berbentuk separuh bulat), pastu diorang korek la lubang kat permukaan rata tu untuk membulehkan diorang duduk dlm tu..senang kan? Beliung ni dipercayai dibuat pada zaman lewat Neolitik dimana buatannya lebih kemas dan tepat. Boleh rujuk gambar nombor 17. Alat ini sebenarnya ada hulu kayu yang diikat kepada beliung batu tu sebagai matanya..tapi of course kayunya telah reput ditelan zaman. Encik Barhaman khabaq kat kitorang penduduk tempatan menyerahkan sendiri alat tersebut kepada pihak muzium, dan pihak muzium memberikan mereka sedikit saguhati atas keprihatinan mereka memelihara nilai-nilai sejarah. Yang lucunyer, penduduk kampung dah guna pun benda2 tu buat macam2 kat kebun diorang sblm menyedari ia mempunyai nilai arkeologi.

· -Penemuan terbaru kat Lembah Lenggong ialah 2 tahun lalu; pada 2003, dimana artifak rangka manusia (wanita) telah dijumpai di Gua Teluk Kelawar. Ada juga di kalangan rangka-rangka yang ditemui sebelum ini reput dan hancur setelah terdedah kepada udara...mmmmm, ruginya. Pihak muzium hanya mempamerkan replika-replikanya sahaja berpandukan gambar-gambar foto yang sempat diambil.

· -Rangkuman penemuan-penemuan terpenting di Lenggong sebagai Bandaraya Prasejarah/ Summary of the important evidences in Lenggong as the Prehistoric City :
1.Bukti penempatan terawal negara 300, 000 tahun dahulu. Evidence of the earliest habitation site in the country 300, 000 years ago.
2.Bukti alat batu sejak Zaman Paleolitik (300, 000 tahun dahulu); diikuti 74, 000 tahun dahulu; 40, 000 tahun dahulu; juga 10, 000 tahun dahulu. Evidence of prehistoric stone tools since Paleolithic period (300, 000 yrs ago), followed by those from 74, 000 yrs ago; 40, 000 yrs ago as well as those from 10, 000 years ago.
3.Bukti rangka manusia berusia 10, 000 tahun. Evidence of human skeleton aged 10, 000 years.
4.Bukti tembikar terawal negara; 6000 tahun dahulu. Evidence of the earliest pottery in the country; 6000 years ago.
5.Bukti peralatan-peralatan gangsa terawal negara; 4000 tahun dahulu. Evidence of the earliest bronze in the country; 4000 years ago.
6. Bukti barang kemas terawal ; 4000 tahun dahulu. Evidence of the earliest jewelery; 4000 years ago.

· -Aku ada tanya Encik Barmahan tu satu soalan cepu emas, "Siapakah orang-orang prasejarah sekarang?", maksud aku bangsa apakah yang berasal dari manusia prasejarah di Malaysia? Dia khabaq (Encik Barhaman org Kedah) mereka ialah Orang Asli sekarang. Malah sekitar 1988, masih ada Orang Asli yang tinggal kat gua-gua di Lenggong. Orang Asli yang menetap di Lenggong umumnya dari suku kaum Lanung. Aku pun terfikir, kenapa Orang Asli tersisih dari urbanisasi suatu ketika dahulu...lagi pulak orang luar dari Malaysia (atau Tanah Melayu) yang mendapat tempat...malah (kalau aku tak keterlaluan) masyarakat memandang mereka sebagai rakyat "kelas kedua" (if that the best word). The same also happen to the Red Indians in United States of America, and the aborigins in Australia. Aku sendiri bukan asal Tanah Melayu...opah (nenek) belah ayah aku asal dari Sumatera Utara, Indonesia. Opah siap pernah cerita kat kitorang dia dengan atuk aku (aku panggil dia nenek..xsempat jumpa pun) bersampan dari Indonesia ke Tanah Melayu sebelum akhirnya menghabiskan usia di Kampung Chulek, Gopeng. Terfikir jugak nak cari saudara-mara kat Indonesia...tapi macam susah je, sebab zaman dulu bukannye ade gambar atau surat beranak macam sekarang. Opah aku org Mendahiling kat Indonesia (sebut Mendelieng). Cakap Mendahiling tu pun dengan rakan seperjuangan je...heheheh. Ayah aku pun xpaham bahasa tu. Mase aku cerita pasal opah bersampan dari Indonesia pada adik aku, terpacul dari mulut Wai, "Abistu, ayah dok marah-marah orang Indon tu ape hal?" Lawak la pulak! Ye la..benda tu sumer dah lama. Mana ada masa org nak kenang susur-galur salasilah ape ke jadah sumer tu. Pernah gak jumpa kawan "sesuku kaum" masa kat sekolah dulu..orang Rawa (sebut Ghawa). Kat UIA pun ade, asal Kampung Chulek lagi! Masa pergi Jertih tu baru aku tau Encik Zali officer Stadd yang ikut kitorang pun org Ghawa, malah sedara-mara dia melambak dok tepi-tepi jalan kat Tapah tu sampai ke Tapah Road. PakTeh (guider mase berakit kat Nenggiri dan camping kat Jertih) pun orang Ghawa. Patut la die dok tanya aku tau tak Kampung Lubuk Katak, Tapah. Rupanya memang org Ghawa yang bukak penempatan di situ. So aku xde la jauh sgt dari suku kaum aku..cuma xbuat kampung nama "Kampung Ghawa" macam org Jawa merata Malaysia selalu buat...nampak sgt org Ghawa lebih kretip dalam mencipta nama kampung berbanding org Jawa...kehkehkeh..melawak je, no offence ok!


Dah selesai penerangan, kitorang dibawa melawat ke Galeri Pameran..and of course tidak dibenarkan mengambil gambar dalamnye. Aku pun pelik why do we have to have such a rule in all museums? Most of the items exhibited here are replicas..but guess what, the original skeleton of Perak Man is kept some where inside this museum! Wah, mesti so precious sampai xbagi tunjuk kat orang. Pastu kitorang melawat Taman Geologi Hulu Perak belakang muzium tu je...kene naik tangga panjat bukit. Kat situ dia pamerkan mineral-mineral yang ada di sekitar Kota Tampan Bandaraya Prasejarah. And I believe geology must have a very significat role in archaeology, sebab tu dia pamerkan benda-benda tu. Antara mineral-mineral yang ada ialah kuarza, kuarzit, batu kapur, Tuf Riolit Lawin, Lembangan Lawin, granit, pujang, suerit and of course debu Gunung Toba yang dah mengeras. Aku tengok bebudak ni bukannyer nak mencatat ke ape ke...buat2 lawak je kat atas tu. Aku yang dah tua ni plak yang terkedek-kedek menulis sana-sini.

Pastu aku perasan signbord untuk tandas kat muzium tu sungguh la kretip..hahahahhhaa..kerana aku ini obsess dengan kreativiti, maka aku dengan selambanya amik gambar signboard tandas tu untuk tatapan korang. Buleh le tengok kat gambar nombor 33. ;)

ni plak maklumat pasal latar belakang Muzium Arkeologi Lenggong/ Background of Lenggong Archaelogical Museum:
· -di rasmikan pada 21 Julai 2003 oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Inaugurated on 21st of July 2003 by HRH Paduka Seri Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah.
· -merupakan Muzium Prasejarah Pertama Negara. The first Prehistoric Museum of the country.
· -kemudahan/facilities:1.Bilik syarahan/ lecture room 2.Tayangan audio visual/ Audio visual orientation 3.Lawatan berpandu/ Guided tour 4.Perpustakaan/ Library 5.Lawatan ke tapak prasejarah/ Tour to prehistoric site 6.Galeri Pameran dgn teknologi terkini/ Exhibition gallery with the lates technology.
· -masuk adalah percuma/ admission is free!

Waktu lawatan / Visiting Hours:
Setiap hari; 9 pagi - 5 petang/ Daily; 9 a.m.- 5 p.m.
Jumaat; 9 pagi-12.15 tgh, 2.45 ptg- 5 ptg/ Fridays; 9 a.m.- 12.15 p.m., 2.45 p.m.- 5 p.m.
Kecuali; hari pertama Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha/ Except; The first day of 'Eid al-Fitr & 'Eid al-Adha

Penginapan pun ada!/ Accomodation is also available!
Rumah Rehat Lenggong/ Lenggong Rest House : RM60- RM99 semalam/ RM60- RM99 per night
Chalet Tasik Raban/ Lake Raban Chalet : RM80- RM150 semalam/ RM80- RM150 per night

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi / For further enquiries, please contact:
Muzium Arkeologi Lenggong/ Lenggong Archaeological Museum,
Kota Tampan,
33400 Lenggong,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia.
TEL: 05-767 9700 / 9963, FAX: 05-7679703
Laman web Jabatan Muzium dan Antikuiti/ Official Website of Department of Museums and Antiquities:
http://www.jma.gov.my

11.50 a.m. Bertolak dari Muzium Arkeologi Lenggong ke bandar Kuala Kangsar untuuuuuuuuukkkkkk..............makan!
12.45 p.m. Sampai di bandar Kuala Kangsar berhampiran tebing Sungai Perak. Aku perasan jambatan merentasi Sungai Perak tu mcm jambatan2 crossover kat Putrajaya je. Lepas makan, biasela shopping2 kejap...pastu bertolak ke masjid untuk sembahyang Zohor.
1.45 p.m. Ya Allah...sampai jugak aku kat masjid yang aku dah mengidam mcm nak mati untuk sampai kat sini! Amik la gambar puas2. Memang masjid yang superb dari segi design dan warna. Dah ber'aircond' pun masjid ni. Renovation pun baru je buat tahun 2003. Abis semayang sumer bertolak ke Galeri Diraja Sultan Azlan Shah. On the way tu, lalu Istana Iskandariah..istana rasmi Sultan of Perak! Besaq gila!
2.15 p.m.-3.15 p.m. Sampai galeri. MasyaAllah...landskapnyer marvelleous! Air pancut sana-sini. Sebelum masuk aku sempat tandatangan Guest Book, tapi tulis dari AIKOL, mcm aku dtg situ bukan menumpang rombongan org jek...pak guard tu tengok pelik..kihkihkih. Masuk kene bukak kasut, so sape2 xnak bukak kasut tu, ade disediakan pelabik kasut...patut la lantai berkilat meghelit2! Masuk-masuk tu kiri kanannyer ada gambar Sultan Azlan, satu pakai Mess Kit Dress, satu lagi pakai Pakaian Seragam Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Opposite pulak ada gambar Sultan Azlan dgn Raja Perempuan Bainun dengan Pakaian Istiadat, yang warna putih tu. Aku sempat amik gambar sket2 kat dalam tu...shhh! ;P Budak-budak pompuan buat kurang ajor gelak-ketawa kuat berguling-guling atas lantai...Ya Allah, xmalunyer! xlama pastu ada suara dari P.A. system sebut pelajar2 SMK Dato' Panglima Perang Kiri..ingatkan nak sound sbb buat perangai xsenonoh dalam muzium, rupa2nya panggil pergi bilik audiovisual kat tingkat 2, ada video presentation pasal Sultan Azlan. Sultan Azlan cipta rekod dalam sejarah perundang-undangan Malaysia sebagai Ketua Hakim Negara paling sekejap dalam perkhidmatan...xsilap aku setahun lebih sket..sbb masa tu sultan Perak mangkat, so Sultan Azlan pulang menunaikan tangungjawab sebagai pewaris takhta. Sultan Azlan terkenal dgn background pendidikan yang cemerlang, malah pernah jadi Kapten hoki Perak! Tengokla anaknya dah dapat Ph.D. pun..Raja Dr. Nazrin. Aku tumpang bangga je....hihihihihih (walaupun aku cukup makan je belajo).
Puas meronda dalam Galeri (xpuas pun sebenarnyer), amik2 gambo kat perkarangan galeri. Aku xsempat tengok satu bangunan depan galeri yang menempatkan kenderaan rasmi Sultan Azlan. Ingat lagi masa sekolah dulu pegi sambutan Hari Kebangsaan kat Padang Ipoh, tengok kereta Raja Nazrin, Proton Wira Limosin warna kuning air, nombor pendaftarannyer "NAZRIN"..huiyyyo!
Sebelum bertolak dari Galeri, cikgu2 benarkan bebudak ni tukar pakaian. Ada sorang cikgu tu ingatkan anak muridnyer, "Haa..jangan pakai seksi-seksi yer, mintak maap!" ;)
3.45 p.m. Bertolak dari galeri.
4.00 p.m.-5.00 p.m. Ronda-ronda keliling bandar Kuala Kangsar. Aku xtau bende apa yang signifikan dgn Kuala Kangsar (selain labu sayong) untuk dibeli. So separuh masa aku dok dalam kedai mamak..dah tak tau nak buat apa..ter"order" la makanan. Wai makan gak..roti canai. Pastu nyaris hilang wallet sbb aku lupa nak amik mase gi tandas mamak tu setelah aku letak tepi tingkap tandas. Mujur Wai yang masuk tandas lepas tu...clumsy me!
5.00 p.m. Bertolak balik ke Tapah Road. Mase naik bas Wai bising sbb die perasan ade budak bwk naik bungkus plastik KFC..of course die akan ke KFC kalu dia tau restorannya selang satu blok je dari blok kedai mamak tadi. Mase on the way balik tu lalu la Kolej Melayu Kuala Kangsar..warisan bangsa siout!
Sampai rumah dalam kul 6.45 p.m. ...sempat la tgk AIM..keskeskes..!

Kalu ade maklumat2 yang kurang tepat apatah lagi yang salah sama sekali,
di alu2kan pembaca budiman menegur dgn meninggalkan comment. InsyaAllah, akan diedit dan dibetulkan. Thank you.

Maktab Melayu Kuala Kangsar...the so-called warisan bangsa selagi ada putaran bulan bintang..whatever lah! Posted by Hello

Bulatan dengan struktur labu sayong berlatarkan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Kangsar.... Posted by Hello

Cikgu2 check kalu2 ade budak tak naik lagi... Posted by Hello

Nak balik dah... Posted by Hello

Ronda2 beli barang atau tengok je barang2 untuk dijual... Posted by Hello

Bahagian hadapan atau porch bangunan Galeri yang menempatkan pintu masuk...  Posted by Hello

Wai berlatarkan air pancut depan bangunan Galeri.. Posted by Hello

Frame2 yang memaparkan potret Sultan2 Perak terdahulu bersama maklumat2 mengenai ocassion yang berlaku zaman pemerintahan diorang.. kat sini nama sekolah aku Sekolah Izzuddin Shah, juga "bini" sekolah aku; Sekolah Raja Perempuan Taayah terpahat sebagai sekolah agama kerajaan negeri pertama di Perak yang dirasmikan zaman Sultan Izzuddin Shah... Posted by Hello

Entrance ke bangunan Galeri... kat sini la pelapik kasut di sediakan bagi mereka2 yang malas nak bukak kasut... Posted by Hello

Pasu2 berisi bunga kertas melengkapkan landskap bahagian dalam kawasan Galeri... Posted by Hello

Bangunan Galeri dari entrance... Posted by Hello

Pondok tempat Pak Guard dan juga tempat bayar tiket masuk...
 Posted by Hello


Entrance ke Galeri... Posted by Hello

Istana ape ntah... xingat name dia... Posted by Hello

Istana Rasmi Sultan Perak...Istana Iskandariah.. Posted by Hello

Masjid Ubudiah dari dekat Posted by Hello

Mihrab menempatkan mimbar serta ruang solat bagi imam...  Posted by Hello

Lampu cendeliar di dinding berlatar garisan2 bentuk diamond...
 Posted by Hello

Dewan sembahyang.... Posted by Hello

Bahagian luar ruang legar masjid... Posted by Hello

Sign board menujukkan tambang bot di jeti Kuala Kangsar... Posted by Hello

Cikgu2 dan bebudak pompuan melakukan "girlie thing" diorang.. ape lagi? shopping laaaaa....poampuan..pompuan...! (^_^) Posted by Hello

Aku makan pari bakar dengan air asam... bersama menu wajib aku kalu makan nasik... lots and lots of vegetable..!!! Posted by Hello

Cikgu kasik masa 45 minit untuk program bebas yang aku ngan Wai paling suka sekali...makan!!!!!  Posted by Hello

Jambatan merentasi Sungai Perak, penghubung antara bandar Kuala Kangsar dan Sayong. Posted by Hello