Tuesday, November 15, 2005

Assalamualaikum..

Kelmarin genap seminggu aku kat Seoul..
So, today’s my 16th day here..
Jumaat ngan Sabtu lepas aku xbuat ape..sekadar dok umah menghayati demam..
Aku type ni kat Lab school Johan, dei gi library ..aku gabra gak nak gune lab ni sbb student2 die sibuk type assignment sambil surf..tu la aku buku Johan letak kat depan mate aku ni supaye nampak cam aku buat assignment gak ler..
Buku tajuk “ Bacterial and Bacteriophage Genetics”..tibe2 kang ade budak2 kat sini tanyer aku psl buku ni, mampos!

Ahad, 13th November, aku keluar dengan junior aku kat sini..
Keyrol..die student engineering kat Hanyang University..
Same sorang lagi kawan sekolah aku, Pojack..
Keyrol bawak aku jenjalan kat Myeong dong…

Turun2 subway je dah dengar org pekik2..
Bas polis ala2 FRU berbaris sepanjang jalan…
Ler….ader demonstrasi rupenyer..aku tanyer kerrol isu ape..tapi die xsure..
Demo2 kat sini mmg selalu je diadakan..
Hari tu sepanjang jalan besar tu (ala2 jalan TAR) ditutup one way
Utk beri lalun pade demonstrator…
Aku terkujat tengok lori2 pick-up kecil sepanjang jalan
tu bawak PA system, satu lori ader speaker besar giler macam nak buat konsert tu!
Nyayi lagu reramai..pakai selempang cam Misss universe, ikat kepala..
Macam2! Aku agak bertuah dapat tgk suasana demo kat korea walaupun x plan..

Yang best tu Keyrol belanje aku makan lunch kat satu restoran kat situ..
mcm.2 dish Korean aku dapat rase..of course yang seafood dan ikan-mengikan je!
makaseh la keyrol!
Pas makan Keyrol semayang atas bangku kat piano besar…laluan jalan kaki dibuat bentuk key2 piano.. aku jage die daripada diculik...aku semayang jama' je..

Pastu kitorang turun ke Cheonggyecheon Stream. Ia merupakan tourist attraction paling latest kat seoul, di buka secara rasmi pada oktober lalu. Thus, masih byk ler Korean yang xsampai lagi ke situ..tapi aku dh sampai dulu dah diorang heheheheh…sungai ni mempunyai sejarah tersendiri dimana sebelum ni ia merupakan sungai mati (dah xde air) yang ditutup dengan konkrit untuk buat highway. Atas usaha Seoul punyer majlis perbandaran, konkrit2 tu dibuka semula selepas 44 tahun, dan air berjumlah kira2 120,000 tan disedut setiap hari dari Sungai Han, dijernihkan hingga mencapai gred 2 untuk mengalirkan seterusnya “menghidupkan” semula Cheonggyecheon Stream yang sekian lama kontang. Semua unit2 bagi sungai ini dikawal; 40 cm dalam, 24-80 meter lebar dan aliran air selaju 25 cm setiap saat. Kan best kalu K.L bleh wat camni? Jernihkan “teh tarik” kat Masjid Jame k tu!

Sungai tu sepanjang 5.8 k.m., tapi aku turun meng”hulu”..untuk ke punca nyer berupa artificial ayaq terjun…mase kat hulu tu still kedengaran pekik-lolong org demo..pastu kitorang jalan ke city hall…depan die ader bulatan besaaaaaq gile…jadi tempat pedesrtrian lepak2..tgh amik gambo, pelik ader sekumpulan manusia berarak bawak bendere dalam traditional costume..ade org mati ke?...rupenyer ader mock changing of guards ceremony…bende tu biase buat kat depan istana..tunjuk istiadat tukar shift pak guard2 gate istana..tibe 2 ade gak buat kat tgh Bandar ni.. beruntung aku dapat amik video sbb xyah pergi semula ke Gyeongbokgung sbb ari tu mase ade changing of guards kat saner, video cam “merajuk”….the whole thing macam org2 dulu baru keluar dari pintu rentas masa ke tgh2 kesibukan bandar dan trafik, pakaian diorang so colourful ….siap sumer bermisai janggut asli (sbb mmg diorang buat bende tu hari2), bunyi semboyan traditional pulak dipasang pakai P.A. system mengiringi ceremony tu, so bergema la tgh2 bandar tu yang turut menarik perhatian pemandu2 dijalan raya…best !! Historic ngan modern dalam satu tempat, satu mase! Malaysia bleh buat gak ala2 parade raja bersama sekalian panglima keluar dari KLCC dan buat istiadat sembah kat tengah2 taman KLCC tu. Baju2 Malaysia pun tak kurang colourful nyer!! Diiringi plak dengan kompang gegak-gempta seluruh K.L. Tak perlu le nak pergi Melaka semata2 nak tgk Bandar bersejarah. Tak gitu?

Aku sempat amik gambar ngan pemukul rebana traditional korea kat situ..mak oiiii…tinggi giler! Pastu kitorang jenjalan kat Myeong dong…fashion street kat seoul ni…meriah sungguh dgn anak2 muda. Pakaian kat sini branded2, so takleh tawar ler..but still ader gak penjaja depan store2 kat situ. Aku sempat makan makanan hot dog sayur..name ape tah..care die gulung tepung tu pada stick pemegang mmg menyebabkan aku terlopong…pantas giler! Sempat gak amik gambo ngan human statue kat depan satu kedai tu…gambar aku diambil ala2 terperanjat sbb mase tgh posing antara due statue laki pompuan tu tibe diorang bergerak buat “peace”, ingatkan nak terkam ke!
Pokok krismas dah naik dah pun walaupun krismas lagi sebulan..
Sampai hujung jalan..ade subway..aku pun balik..keyrol ikut skali ke umah johan sbb die nak salin baju dulu utk terus ke dinner Persatuan Pelajar Malaysia Korea..die gi skali ngan johan, tinggal la aku menghayati penat berjalan seharian sengsorang kat umah! Esoknyer jalan lagi..nanti aku citer..penat dah!

Ni aku leh nulih pepanjang ni pun sbb aku dapat dok atas kerusi kat sini..

0 Comments:

Post a Comment

<< Home